Hubungan
dengan Allah s.w.t. ini mestilah wujud tatkala ditimpa kesusahan dan
ujian mahupun di kala mendapat kesenangan dan kemudahan. Ini kerana
hanya Allah sahajalah yang berkuasa dan mampu memberikan pertolongan,
menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan kepada diri kita.
Menyingkap
kembali peristiwa Israk dan Mikraj ini, Nabi telah ditimpa beberapa
kesulitan sebelum terjadi Israk dan Mikraj. Dalam keadaan demikian,
datang perintah untuk Israk dan Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan
Allah s.w.t. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri
kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam
kehidupan.
Caranya ialah kita sentiasa
beristiqamah, terus-menerus melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi
semua larangan-Nya dan bukan menjadi orang taat hanya pada waktu susah
dan melupakan Allah pada waktu senang.
Kehidupan
kita yang ingin berjuang untuk kebaikan pasti akan dipenuhi dengan
cabaran dan dugaan. Ia tidak akan sentiasa mudah tetapi kita akan
berhadapan dengan kesusahan terlebih dahulu.
Namun,
semua yang berlaku itu demi untuk mengukur dan menilai keimanan kita di
dalam hati. Adakah kita sanggup menghadapinya dengan penuh ketabahan
dan kesabaran atau kita tergolong dalam golongan yang mudah berputus
harapan? Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6.,
Ertinya: Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu bahawa) Sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan):
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan.
Pada negeri2 di Malaysia yg bercuti - " SELAMAT BERCUTI" .
No comments:
Post a Comment