ASCEND 1 : SEABUCKTHORN MAKANAN TAMBAHAN ALAF INI: Info : Radikal Bebas
Assalamualaikum dan Salam 1MALAYSIA kepada mereka yang pengunjung blog testimoni sne ini. Kunjungan anda di dahului dengan jutaan terima kasih. Di blog ini, kami paparkan pelbagai testimoni-testimoni hebat pengguna yang telah mencuba produk berasaskan beri Seabuckthorn

" Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat tersebut sesuai dengan penyakit, maka ia akan sembuh dengan izin Allah" ( Sahih Muslim no. 2204 )

Makluman Penting Dr SNE Global Sdn Bhd

TERKINI
Bermula dari 2021 SNE Global membuat penjenama semula dengan menggunakan nama ASCEND 1 akan mengambil tanggung jawab penuh dalam penjualan barang tersebut.

Dengan berpegangkan testimoni2 yang berjaya ASCEND 1 akan melebarkan sayap secara global dan tiada sempadan. Kini memulakan operasi terkini di Taman Shamelin Business Centre.

Berikut senarai produk berasaskan 100% minyak seabuckthorn dan sebatian2 premium.

=>MANNA
=>ARTE
=>BELLE
=>BONEY



Terima Kasih

Cik Ju 019 6002400
Mobile Stokist
==========================

Sila tambah Rm8.00 sm / 10 ss utk poslaju
Sila whatapps / sms utk maklumat pembayaran
=> 019 6002400
make money

Tuesday, 20 August 2013

Info : Radikal Bebas



APA ITU RADIKAL BEBAS?

Radikal bebas (Free radicals) adalah molekul yang tidak stabil akibat kehilangan satu elektron.. Oleh itu, radikal bebas ini cenderung menyerang molekul berhampiran untuk mendapatkan elektron dan menggantikan elektrol yang telah hilang sebelum ini.. Satu radikal bebas mampu memusnahkan berjuta-juta molekul melalui tindakbalas berantai (radical propagation). Kandungan radikal bebas yang berlebihan berbanding antoksidan dalam badan akan mengakibatkan keadaan dipanggil oxidative stress.

Proses pengoksidaan yang tidak terkawal ini akan mengakibatkan kerosakan sel, tisu dan seterusnya otot, penuaan pramatang, kedutan pada kulit, pengerasan dinding arteri, pembentukan katarak, pengerasan sendi, peningkatan kolestrol LDL kanser dan sebagainya..







Radikal bebas ialah sebarang molekul yang mengandungi satu atau lebih elektron tanpa pasangan. Contoh radikal bebas termasuk :-

1. Superoksida (O²)
2. Hidroksil (OH)

Radikal bebas merupakan molekul yang paling reaktif yang boleh menyebabkan kerosakan dan kematian sel. Komponen sel biasanya rosak akibat serangan radikal bebas termasuk asid lemak poli tak tepu dalam membran sel, protein seperti enzim dan pengankutan ion membran dan asid nuklear deoksiribosa (DNA).





PUNCA TERJADINYA RADIKAL BEBAS?

Bagaimana terjadinya radikal bebas.. bagaimana ia boleh menyerang sel dalam badan kita? Sebenarnya banyak punca radikal bebas di sekeliling kita dan dari tubuh badan kita sendiri.. Sinaran UV (Sinaran UV termasuk dari TV, handphone, antenna, computer, kamera dll,) rokok, asap rokok, radiasi, asap (Asap kilang dan asap kenderaan harus dihindarkan), pencemaran antara punca terjadinya radikal bebas terutamanya  di dalam badan kita, bayangkan  radikal bebas terjadi bersama-sama dengan proses metabolisma dan pernafasan kita setiap hari.





Oleh itu..ringkasnya, radikal bebas ini ada dimana-mana sahaja.. dalam udara yang kita sedut, dalam makanan yang kita makan, ketika senaman, juga dalam air yang kita minum.
Berikut yana senaraikan beberapa jenis makanan yang tinggi paras radikal bebasnya..
  • makanan berlemak tinggi
  • makanan bergoreng
  • makanan yang dimasak menggunakan microware
  • makanan berbakar di atas arang .. tahukah anda.. SATE yang enak juga tinggi kadar radikal bebasnya (ia nya disbbkan oleh daging yang terbakar tu)..!!!!!
  • minum gas dll





BAHAYA KE RADIKAL BEBAS?

Radikal bebas telah diketahui sebagai penyebab lebih dari seratus macam penyakit yang terdapat pada manusia dan binatang meliputi dari penyakit artritis reumatoid dan renjatan pendarahan kepada sindrom kekurangan daya menahan penyakit (AIDS). Dalam keadaan lain, radikal bebas memainkan peranan yang penting dalam proses penyakit.

Penyakit-Penyakit Yang Berhubung Kait Dengan Radikal Bebas

Spesis Oksigen Reaktif (ROS) merangkum radikal bebas seperti O², OH dan terbitan oksigen bukan radikal seperti hidrogen peroksida (H²O²) dan asid hipoklorus (HOCI). Semua oksigen reaktif ini boleh terlibat dalam tindak balas yang menghasilkan spesis radikal bebas. Radikal bebas yang tidak stabil ini menyerang komponen sel menyebabkan kerosakan terhadap lemak, protein dam DNA yang menjerus kepada bermulanya rangkaian kejadian yang menyebabkan punca penyakit.

Banyak jenis radikal bebas dan spesis oksigen reaktif telah diketahui sebagai penyebab kepada perkembangan penyakit. Penyakit ini termasuklah kanser, penyakit jantung kardiovaskular, kencing manis, ketidaksuburan lelaki, buah pinggang, katraks, proses penuaan dan lain lain lagi.

Kanser
Banyak pengkajian eksperimen menunjukkan bahawa kerosakan terhadap peringkat asid nuklear yang dikaitkan dengan radikal bebas telah menyebabkan kanser. Kajian epidemiologi juga membuktikan bahawa tahap anti pengoksidaan dalam darah yang tinggi daripada pengambilan mikronutrien yang berkhasiat dalam suplemen makanan telah dikaitkan dengan kurangnya insiden penyakit kanser. Spesis oksigen reaktif dari sumber endogenus dan eksogenus dibuktikan kerosakkan DNA. Pertahanan anti pengoksidaan dapat melindungi dari kerosakkan tersebut dan kekurangan anti pengoksidaan berhubung kait dengan risiko tinggi mendapat penyakit kanser.

Penyakit Jantung Kardiovaskular
Radikal bebas yang berlebihan menjadi punca penyakit ateroskelerosis dengan kesan kerosakan terhadap dinding saluran darah. Lipoprotien kepadatan rendah (LDL) teroksida akibat radikal bebas bergerak ke arah dinding arteri dan menarik makrofaj yang menyerapi dan mengumpul lemak kolestrol. Beberapa pengkajian epidemiologi telah menunjukkan berkurangnya insiden penyakit jantung kardiovaskular di kalangan pesakit yang menerima suplemen makanan yang mengandungi anti pengoksidaan.

Kencing Manis
Radikal bebas reaktif telah di kaitkan dengan penyebab sumbangan terhadap kemusnahan sel islet pankreatik. Kajian epidemiologi telah menunjukkan bahawa pengaut radikal bebas seperti nikotinamida berperanan menjadi pelindung.

Ketidaksuburan Lelaki
Tahap spesis oksigen reaktif yang tinggi terdapat pada ketidaksuburan lelaki disebabkan tidak seimbang antara penghasilan spesis oksigen reaktif dan komponen anti pengoksidaan. Spesis oksigen reaktif memulakan pengoksidaan lemak dan pengumpulan peroksida lemak dalam membran sperma yang menyebabkan penurunan pergerakan keberdayaan sperma. Spesis oksigen reaktif tidak dapat dikesan pada sperma lelaki yang subur dan azoospermik Kerosakan pengoksidaan DNA dalam sperma manusia yang berhubung kait dengan merokok telah dibuktikan dari kajian terhadap kadar hidroksideosiguanosina.

Penyakit Buah Pinggang
Kebanyakkan pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis telah menunjukkan pemindahan anti pengoksidaan bermolekul kecil dari darah. Ini mendedahkan pesakit tersebut kekurangan perlindungan daripada serangan radikal bebas dan boleh menambah peroksidaan komponen sel. Kadar malondialdehida (MDA) yang tinggi telah di kesan dalam darah merah pesakit yang menerima rawatan dialisis dan menunjukkan peninggian aktiviti peroksidaan lemak.

Proses Penuaan
Proses penuaan disebabkan oleh tindak balas radikal bebas, dihasilkan dalam mitokondria yang berkumpul mengikut umur. Radikal bebas menyebabkan pengoksidaan komponen protein dan lemak secara progresif dalam membran sel dan termasuk juga fosfolipase, protease dan endonuklease yang aktif. Peroksidaan lemak meningkat telah dikaitkan dengan proses penuaan diikuti dengan pengaruh enzim yang detoksifikasikan. Kedut terdapat pada kulit terjadi akibat pendedahan jangka panjang kepada kerosakan pengoksidaan dari cahaya ultra ungu yang menghasilkan radikal bebas. Tindakbalas berantai berhubungkait dengan proses penuaan dapat dielakkan dengan memakan buah-buahan atau sayuran segar atau suplemen dengan bahan anti pengoksidaan.


PENCEGAHAN??

Untuk mencegah radikal bebas menyerang sel kita adalah sukar. Tapi, ini tidak bermakna kita tidak boleh menghalang radikal-radikal bebas ini dari terus merosakkan sel. Berdasarkan contoh di atas, pengambilan antioksidan dapat menyekat aktiviti radikal bebas ini.

ANTIOKSIDAN..APA SUMBERNYA??

Terdapat banyak sumber makanan yang mengandungi antioksidan, termasuklah sayur-sayuran, kekacang, minyak ikan, bawang putih dan lain-lain.

Perlindungan terhadap radikal bebas ini perlukan berterusan dan konsisten untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Kini, pelbagai supplement telah diproses utnuk memudahkan kerja anda melindungi diri sendiri dan orang tersayang...!

Berikut adalah beberapa supplement yang merupakan antioksidan.
Vitamin A, Vitamin E dan Vitamin C.  Hanya sebutir capsule SNE berupaya menentang radikal dan memelihara SEL dan DNA anda.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...