Awas jangan minum terus mcm ni ... guna straw ye ... apa2 yang merayap kat atas tin tu kita x tau.
Minuman dalam tin mengandungi kandungan aluminium yang tinggi
Sekiranya kita sering mengambil makanan yang mengandungi kandungan logam berat yang tinggi, sejumlah besar kandungan logam berat dalam makanan ini akan memasuki sistem penghadaman kita dan tidak dapat disingkirkan oleh tubuh badan kita. Logam-logam berat ini akan terkumpul dalam sesetengah organ tubuh dan akan memberikan kesan yang buruk kepada tubuh kita.
Terdapat beberapa jenis pembungkusan minuman; contohnya kertas, botol, tin, beg dan sebagainya. Penyelidikan saintifik yang dijalankan pada 22 jenis minuman membuktikan bahawa minuman dalam tin mengandungi kandungan aluminium yang paling tinggi. Kandungannya adalah 3-6 kali ganda melebihi minuman botol. Pengambilan minuman dalam tin yang berlebihan dan tidak terkawal akan menyebabkan penyerapan aluminium yang berlebihan oleh tubuh kita dan ia akan menyebabkan kesan yang buruk kepada tubuh kita.
Setelah diserap oleh tubuh kita, aluminium tersebut akan terkumpul di otak, jantung, hati, buah pinggang dan organ-organ yang lain. Penyingkiran aluminium dari tubuh badan kita adalah perlahan dan bukan mudah untuk menyingkirkannya selepas ia memasuki tubuh badan kita, Ia merupakan ancaman yang serius kepada fungsi-fungsi organ khasnya tisu otak dan sistem imum kita. Maka, kita tidak sepatutnya mengambil minuman dalam tin dengan kerap, terutamanya kanak2 dan warga tua yang mempunyai fungsi imun yang lemah.
No comments:
Post a Comment