ASCEND 1 : SEABUCKTHORN MAKANAN TAMBAHAN ALAF INI: Israk dan Mikraj
Assalamualaikum dan Salam 1MALAYSIA kepada mereka yang pengunjung blog testimoni sne ini. Kunjungan anda di dahului dengan jutaan terima kasih. Di blog ini, kami paparkan pelbagai testimoni-testimoni hebat pengguna yang telah mencuba produk berasaskan beri Seabuckthorn

" Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat tersebut sesuai dengan penyakit, maka ia akan sembuh dengan izin Allah" ( Sahih Muslim no. 2204 )

Makluman Penting Dr SNE Global Sdn Bhd

TERKINI
Bermula dari 2021 SNE Global membuat penjenama semula dengan menggunakan nama ASCEND 1 akan mengambil tanggung jawab penuh dalam penjualan barang tersebut.

Dengan berpegangkan testimoni2 yang berjaya ASCEND 1 akan melebarkan sayap secara global dan tiada sempadan. Kini memulakan operasi terkini di Taman Shamelin Business Centre.

Berikut senarai produk berasaskan 100% minyak seabuckthorn dan sebatian2 premium.

=>MANNA
=>ARTE
=>BELLE
=>BONEY



Terima Kasih

Cik Ju 019 6002400
Mobile Stokist
==========================

Sila tambah Rm8.00 sm / 10 ss utk poslaju
Sila whatapps / sms utk maklumat pembayaran
=> 019 6002400
make money

Monday 26 May 2014

Israk dan Mikraj

Hubungan dengan Allah s.w.t. ini mestilah wujud tatkala ditimpa kesusahan dan ujian mahupun di kala mendapat kesenangan dan kemudahan. Ini kerana hanya Allah sahajalah yang berkuasa dan mampu memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan kepada diri kita.

Menyingkap kembali peristiwa Israk dan Mikraj ini, Nabi telah ditimpa beberapa kesulitan sebelum terjadi Israk dan Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk dan Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah s.w.t. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan.

Caranya ialah kita sentiasa beristiqamah, terus-menerus melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya dan bukan menjadi orang taat hanya pada waktu susah dan melupakan Allah pada waktu senang.

Kehidupan kita yang ingin berjuang untuk kebaikan pasti akan dipenuhi dengan cabaran dan dugaan. Ia tidak akan sentiasa mudah tetapi kita akan berhadapan dengan kesusahan terlebih dahulu.

Namun, semua yang berlaku itu demi untuk mengukur dan menilai keimanan kita di dalam hati. Adakah kita sanggup menghadapinya dengan penuh ketabahan dan kesabaran atau kita tergolong dalam golongan yang mudah berputus harapan? Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6., Ertinya: Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu bahawa) Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan.
 
Pada negeri2 di Malaysia yg bercuti - " SELAMAT BERCUTI" .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...