ASCEND 1 : SEABUCKTHORN MAKANAN TAMBAHAN ALAF INI: INFO - Kita berisiko hidap 200 kanser
Assalamualaikum dan Salam 1MALAYSIA kepada mereka yang pengunjung blog testimoni sne ini. Kunjungan anda di dahului dengan jutaan terima kasih. Di blog ini, kami paparkan pelbagai testimoni-testimoni hebat pengguna yang telah mencuba produk berasaskan beri Seabuckthorn

" Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat tersebut sesuai dengan penyakit, maka ia akan sembuh dengan izin Allah" ( Sahih Muslim no. 2204 )

Makluman Penting Dr SNE Global Sdn Bhd

TERKINI
Bermula dari 2021 SNE Global membuat penjenama semula dengan menggunakan nama ASCEND 1 akan mengambil tanggung jawab penuh dalam penjualan barang tersebut.

Dengan berpegangkan testimoni2 yang berjaya ASCEND 1 akan melebarkan sayap secara global dan tiada sempadan. Kini memulakan operasi terkini di Taman Shamelin Business Centre.

Berikut senarai produk berasaskan 100% minyak seabuckthorn dan sebatian2 premium.

=>MANNA
=>ARTE
=>BELLE
=>BONEY



Terima Kasih

Cik Ju 019 6002400
Mobile Stokist
==========================

Sila tambah Rm8.00 sm / 10 ss utk poslaju
Sila whatapps / sms utk maklumat pembayaran
=> 019 6002400
make money

Saturday 9 November 2013

INFO - Kita berisiko hidap 200 kanser

Sumber : harian metro

Kanser terjadi apabila berlaku perubahan atau mutasi pada sel tisu manusia biasa. Sel ini yang sepatutnya menjadi ganti kepada sel tisu badan yang mati menjadi tidak normal dan bercambah banyak serta tidak dapat dikawal jumlah percambahannya, menjadikan ia sel tidak normal.
Penambahan sel secara mendadak pada kawasan tertentu badan menyebabkan bengkak berlaku pada kawasan itu, seterusnya menghimpit sel normal lain berdekatan sel kanser itu.

Pada tahap tertentu, apabila saiz menjadi semakin besar atau jumlah sel semakin banyak, ia memasuki sistem pembuluh darah dan limfa manusia serta merebak ke kawasan anggota badan lain yang akhirnya bercambah di kawasan baru itu. Statistik 2007 yang dijalankan di Malaysia menunjukkan kanser adalah penyebab kematian dalam hospital kerajaan yang ketiga terbesar selepas masalah jantung dan jangkitan kuman.
Lebih ramai wanita Malaysia menghidap kanser berbanding lelaki, di mana kanser payudara adalah yang tertinggi dalam kalangan mereka.

Bagi lelaki pula, jenis utama ialah kanser paru-paru. Kanser kedua terbesar ialah kanser usus bagi lelaki dan wanita, manakala leukimia atau kanser darah pula adalah paling ramai dihidapi kanak-kanak.

Hampir 200 jenis kanser boleh dihidapi manusia. Simptom untuk kanser itu boleh dikategorikan kepada dua jenis, sama ada simptom akibat kesan setempat atau simptom umum. Simptom untuk kesan setempat bergantung pada lokasi sel kanser. Contohnya bengkak, sakit atau perubahan pada kulit yang melapisi kawasan kanser itu seperti kanser payudara.
Bagi kanser usus pula, susah membuang air besar atau cirit-birit yang berlaku berulang kali atau najis mengandungi tompokan darah. Bagi kanser paru-paru pula ialah batuk berpanjangan atau susah bernafas.

Bagaimanapun, biasanya penghidap kanser tidak mempunyai simptom awal. Simptom umum termasuk hilang selera makan, susut berat badan secara mendadak, demam berpanjangan, selalu mengalami keletihan atau tidak bermaya.

Ini menyebabkan pesakit pergi mendapatkan rawatan secara berulang di klinik, tetapi simptom akan berterusan walaupun dengan pengambilan ubat.

Ada pelbagai sebab atau faktor risiko yang menyebabkan berlakunya kanser. Kebanyakannya akibat persekitaran atau cara hidup tidak sihat yang mengakibatkan ‘kecederaan’ berlaku pada sel tisu normal yang akhirnya menyebabkan berlaku mutasi.

Contohnya, pengambilan bahan kimia seperti minuman keras, merokok atau pil terlarang. Pendedahan kepada asbestos dan radiasi menyumbang kepada pembentukan kanser. Gaya hidup yang gemar bertukar-tukar pasangan juga penyebab kanser, terutama kanser serviks. Pengambilan makanan yang salah seperti kurang pengambilan fiber dan sayur-sayuran, selain pengambilan makanan berminyak yang menyumbang kepada obesiti juga mendedahkan diri untuk mendapat kanser.

Faktor genetik juga tidak boleh dielakkan. Ia menyumbang kepada kurang daripada 10 peratus kes kanser secara umum. Beberapa jenis kanser dapat dikenal pasti pada peringkat awal dengan menjalankan ujian saringan. Semua wanita perlu belajar cara atau teknik pemeriksaan payudara sendiri supaya bengkak atau simptom awal dapat dikesan. Mengenal pasti beberapa simptom awal kanser tertentu juga penting supaya dapat rawatan lanjut.

Pemeriksaan darah untuk mengenal pasti kanser seperti usus, pankreas, payudara, prostat, ovari, testis, paru-paru dan hati perlu dilakukan bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser atau berumur lebih 40 tahun.

Selain ujian darah, ujian scan boleh dilakukan jika pesakit disyaki menghidap kanser.

Rawatan untuk kanser pula bergantung pada jenis dan tahap kanser. Kebiasaannya rawatan membabitkan pembedahan dengan membuang sel kanser atau tisu persekitaran yang mengandungi sel kanser.

Radioterapi dan kemoterapi akan dimulakan bila perlu. Selain itu, sokongan moral daripada keluarga dan rakan juga sangat penting sepanjang proses rawatan pesakit.

Baru-baru ini, Yayasan Kanser Malaysia dilancarkan. Ia bertujuan mendidik dan membantu masyarakat mengesan kanser pada peringkat awal dan mengelak ia merebak dengan memastikan pesakit mendapatkan rawatan awal.

Pihak yayasan juga memberi rawatan sokongan kepada penghidap kanser.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...