Punca Jerawat
1. Hormon
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon
yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan
perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah
jerawat.Namun
begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang
semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
2. Bakteria
Bakteria
yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah
satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya
ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat
mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan
kulit orang yang tidak berjerawat.
3. Pemakanan
Walaupun
punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat
dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai
kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk
pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh
mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen
yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka,
belakang dan leher pesakit.
4. Stress
Stress
boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah
dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu
memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang
teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta
hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan
berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.
5. Alat Solek
Sebenarnya
alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika
anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat
solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama
muka anda.
6. Matahari
Cahaya
matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang
dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan
berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.
7. Pakaian
Tidak
ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi
ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam
iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan
kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi
kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.
Cara mengamalkan SNE dan Beutskin jika berjerawat
Seperti yang dijanjikan, bagaimana cara mengamalkan SNE jika anda sedang menghadapi jerawat sebelum dan semasa anda mengamalkan produk SNE.
Jika anda berjerawat dan belum mengamalkan produk SNE, anda hanya perlu memgamalkan SNE bersama Excel Tea dan Seabuckactive. Amalkan selama setengah bulan ke 1 bulan @ sehingga jerawat kurang. Anda juga disarankan menggunakan penjagaan kulit Shamone.
Jika anda berjerawat sedang mengamalkan Beutskin, pastikan anda mengurangkan atau hentikan Beutskin Essence seketika dan teruskan memakan SNE dan lebihkan dos (contoh jika makan 2 tambah ke 3 capsule) serta amalkan meminum excel Tea supaya toksin dan hormon dapat diseimbangkan dengan lebih baik. Seabuckactive pula berupaya menyejukkan badan anda.
pastikan anda tidak stress, cukup tidur dan rehat, cukup air . Dan jika masih berlarut sila contact agen @ pakar pemakanan @ in house doctor SNE marketing S/B.
No comments:
Post a Comment