20s 30s 50s Kaedah-kaedah Spesifik Anti Penuaan
Tahukah anda
Peringkat 1
Pencegahan penuaan sebenarnya boleh bermula pada umur 20 tahun, ini kerana kulit mungkin kelihatan kusam, hilang kecergasan dan mengalami penurunan daya imuniti ketika ini.
Prinsip penjagaan kulit
- Pelembapan dan perlindungan terhadap sinaran matahari yang efektif
- Megelakkan diri daripada pelbagai rangsangan negatif, jangan sering ganti jenama produk anda dan jangan menggunakan produk rawatan tetua (freckle) yang mengandungi bahan-bahan yang tidak dikenali kerana tabiat kecantikan buruk seperti ini akan menyebabkan kulit menjadi sensitif. Selain daripada itu, reaksi alahan dan pemakanan ubat akan mempercepatkan kadar penuaan kulit.
- Anda boleh mula menggunakan produk yang berupaya untuk mengalakkan metabolisme sel, peneutralan radikal-radikal bebas dan anti-oksidan. Ia akan menjadikan kulit berseri dan mengembalikan kecergasan kulit anda.
Peringkat 2
Selepas umur 30, proses penuan kulit akan menjadi semakin teruk. Kulit tidak akan menjadi berseri dan licin, malah, kulit kelihatan kusam, hilang keanjalan, kedut2 halus muncul, kedutan menjadi semakin mendalam dan sebagainya.
Cadangan penjagaan kulit
- Meningkatkan elemen pelembapan dan penjagaan kulit
- berwaspada dengan pendedahan terhadap matahari
- Memilih produk anti-penuaan yang lebih berkesan. Ia dapat meningkatkan keanjalan serat kulit dan serat kolagen serta meningkatkan sintesis asid hialuronik. Kulit menerima khasiat yang mencukupi, menyebabkan kulit kelihatan lebih licin dan anjal.
Peringkat 3
Kedutan akan menjadi semakin banyak dan mendalam selepas umur 55tahun. Fenomena kulit jadi menggeleber akan jelas kelihatan.
Cadangan penjagaan kulit
- Selain daripada prinsip penjagaan kulit seperti di atas, haruslah kita mengekalkan senaman harian untuk mengekalkan corak hidup yang sihat dan set minda yang baik. Semua ini adalah rahsia untuk memiliki kulit yang muda.
DAPATKAN SET PENJAGAAN KULIT SHAMONE
No comments:
Post a Comment